our sponsor

Followers

Thursday, July 3, 2014

[Preview filem] GUARDIANS OF THE GALAXY

JAWAPAN MARVEL KEPADA STAR WARS!

Dari Marvel, studio yang membawa anda francais blockbuster global Iron Man, Thor, Captain America dan The Avengers, lahirnya satu pasukan superhero baru Guardians of the Galaxy. Sebuah pengembaraan angkasa epik penuh aksi, filem ini memperluaskan lagi pengalaman Marvel Cinematic Universe ke daerah kosmos, di mana pengembara kurang ajar Peter Quill mendapati dirinya menjadi sasaran buruan selepas mencuri bola misteri yang didambakan oleh Ronan, penjahat yang sangat berkuasa yang bercita-cita ingin mengancam seluruh alam semesta. Untuk mengelakkan dari ancaman Ronan yang sentiasa berterusan, Quill dipaksa bergabung bersama dengan kuartet yang punya personaliti, pandangan, perangai dan attitude yang amat berbeza dengan dirinya: Rocket - rakun angkasa yang menjadikan pistol sebagai mainan, Groot - pokok yang bercakap, Gamora - awek berkulit hijau yang berbahaya dan membingungkan dan Drax the Destroyer yang panas baran dengan tindakan bermotivasikan dendam. Tetapi apabila Quill mendapati kuasa sebenar bola yang diinginkan Ronan itu bakal memberi ancaman kepada seluruh kosmos, dia terpaksa menyatukan seluruh pasukan biarpun sukar untuk menentang Ronan demi keamanan dan keseimbangan sejagat dan keberjayaan mereka bakal menentukan nasib galaksi ketika mereka dalam waktu yang terdesak.

Dibawakan oleh Marvel Studios dan Walt Disney Studios Motion Pictures, filem Guardians of the Galaxy arahan pengarah 'PR porn', James Gunn bakal ditayangkan di Malaysia pada 31 Julai 2014. Dilakonkan oleh Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel sebagai suara Groot, Bradley Cooper sebagai suara Rocket,Lee Pace, Michael Rooker, Karen Gillan, Djimon Hounsou, dengan John C. Reilly, Glenn Close sebagai Nova Prime dan Benicio Del Toro sebagai The Collector (yang anda pernah lihat di penghujung filem Thor : Dark World).

No comments:

Related Posts with Thumbnails