our sponsor

Followers

Friday, July 11, 2014

[MUZIK] Ladyhawke

Pip menyamakan alter egonya Ladyhawke seperti karakter filem lakonan Michelle Pfeiffer, juga dgn nama yang sama: "Seorang superhero wanita yg menghasilkan lagu mesra radio 'dgn sekali hentaman'. Lagu ini akan buat orang tersenyum sambil merasai nostalgia di sebalik bunyinya walaupun pertama kali mendengarnya. Saya suka melihat bagaimana muzik boleh membangkitkan memori seseorang, daripada penulisan lagu ia kemudian mengalir kepada pendengar yg pertama kali mendengarnya." Pengaruh muzik 80'an Ladyhawke sering dibandingkan dgn Peaches malah Peaches pernah menghasilkan remix utk trek 'Paris Is Burning'. Selain itu, model muzik Ladyhawke boleh dirujuk pada gaya Cyndie Lauper, Pat Benatar, Kim Wilde, Annie & New York Pony Club. 'Magic' mempunyai beat dram ala 'Safety Dance' dari Men Without Hats, juga bunyian 'China' dari David Bowie sehinggalah keluar bunyi gitarnya dan ekspresi vokal Pip. 'Paris Is Burning' - menurut Natasha Khan dari Bats For Lashes ada rujukan Seventies Psychedelic.

Asalnya, Pip pernah menganggotai sebuah band bernama Two Lane Blacktop dan juga duo Teenager bersama Nick Lit. Pengaruh awalnya datang dari latarbelakang muzik keluarganya dgn ibunya seorang penyanyi manakala bapa tirinya seorang pemain dram. Selepas zaman grunge rock di waktu persekolahannya, dia menyertai Two Lane Blacktop sebagai pemain gitar dgn muzik berpaksikan Iggy & The Stooges dan The Clash. Two Lane Blacktop membawa Pip jauh hingga ke kelab legenda, CBGB.Walaubagaimanapun, ia tidak kekal dgn Pip membawa diri ke Melbourne, Australia. Di Melbourne pula, Pip mula merangka projek solo dan ini membawa kepada idea Ladyhawke. Walaupun masih baru, Ladyhawke sudahpun menarik perhatian dgn pencalonan Artis Solo Terbaik untuk anugerah NME.

No comments:

Related Posts with Thumbnails