our sponsor

Followers

Saturday, July 19, 2014

[MOVIE ADDICT] Lelaki Harapan Dunia (Men Who Save The World) arahan Liew Seng Tat

Antara filem menarik untuk ditonton: 'LELAKI HARAPAN DUNIA' - TAYANGAN PERDANA ANTARABANGSA

Filem Malaysia LELAKI HARAPAN DUNIA dipilih utk menyertai pertandingan filem berprestij di edisi ke 67 Festival Filem Antarabangsa Locarno. Lelaki Harapan Dunia (Men Who Save The World), tulisan & sutradaraan Liew Seng Tat akan mengambil bahagian dalam kategori Sutradara Masa Kini utk Anugerah Nescens. Senarai filem utk Festival Filem Locarno ke 67 berlangsung dari 6-16 Ogos. Anugerah ini ditujukan utk sutradara serata dunia, khususnya yg baru mengarahkan filem sulung & filem ke-2. Dengan pemilihan yang sengit, hanya 15 buah filem sahaja yang terpilih dari seluruh dunia setiap tahun.

Filem Liew menerima sokongan dana antarabangsa termasuk dari Kem Komunikasi & Multimedia Malaysia, Torino Film Lab (Itali), Hubert Bals Fund (Belanda), Netherlands Film Fund, World Cinema Fund (Jerman), Visions Sud Est (Switzerland), Fondation Groupama Gan pour le Cinéma - Cinefondation (Perancis), Prince Claus (Belanda), Mahindra Global Filmmaking Award di Sun&ce Institute, Sundance Institute Feature Film Prog & Doris Duke Foundation (USA).

Liew mengembangkan filem Lelaki Harapan Dunia semasa di prog Cannes Director’s Residence – Cinefondation lagi & turut mengambil bahagian di Sundance Screenwriters Lab 2011. Filem sulungnya Flower in the Pocket (2007) meraih beberapa anugerah & hadiah di beberapa ajang filem festivala/bangsa termasuk di Busan, Rotterdam, Fribourg, Deauville & Pesaro.

Lelaki Harapan Dunia sebuah filem komedi drama yg mengisahkan beberapa kejadian malang yg menimpa sebuah perkampungan Melayu yg aman yg mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu & suasana riuh sekampung. Filem ini membariskan pelakon Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, dan Azhan Rani. Diterbitkan oleh Sharon Gan & diterbitkan bersama oleh Everything Films (Malaysia) & Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) & Mandra Films (Perancis).

Lelaki Harapan Dunia akan menemui penonton Malaysia di layar perak pada 27 Nov 2014. Ikuti berita terkini tentang filem ini di laman www.facebook.com/lelakiharapandunia

Layari: Pengumuman Media Festival Filem Locarno: http://www.pardolive.ch/en/Press/Press-release

Gambar: http://1drv.ms/1r1nylV

Sinopsis Filem berkisah tentang sebuah kampung yg terjadi kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yg menyangka rumah terbiar yg dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung utk Pak Awang dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yg menghuni secara sembunyi. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kpd tahyul, tetapi tiada siapa yg ingin mendengar. Benarkah "hantu" itu "Orang Minyak"?

Festival Filem Locarno Bermula pada 1946, Festival Locarno antara yg tertua di dunia, selain Venice & Cannes. Sbg festival yg khusus bertujuan mencungkil bakat & kecenderungan baru, Locarno mapan sbg acara utama sinema dunia & kukuh sbg landasan berharga bagi generasi baru dunia perfileman. Locarno sering menemui bakat besar sutradara muda dari seluruh dunia, sebelum dihidu festival lain. Adakalanya dikesan seawal filem pendek pertama mereka lagi yg kemudian meletakkan sutradara sbg pembikin filem utama generasi mereka sendiri seperti Claude Chabrol, Stanley Kubrick, Paul Verhoeven, Milos Forman, Marco Bellocchio, Glauber Rocha, Raul Ruiz, Alain Tanner, Mike Leigh, Bela Tarr, Chen Kaige, Edward Yang, Aleksander Sokurov, Atom Egoyan, Jim Jarmusch, Spike Lee, Gregg Araki, Catherine Breillat, Abbas Kiarostami, Gus Van Sant, Pedro Costa, Fatih Akin, Claire Denis & Kim Ki-Duk.

Teks dikongsi oleh Hassan Abd Muthalib untuk Movie Addict Facebook Group

No comments:

Related Posts with Thumbnails