our sponsor

Followers

Monday, July 14, 2014

KAMPUNG IMAM LAPAR [Nama kampung pelik #01]

Dulu kalau saya road trip dengan arwah ayah dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu maka terjumpalah banyak kampung-kampung nama pelik. Kampung Imam Lapar ialah salah satu daripadanya yang terletak di Mukim Telemong, Kuala Berang, Terengganu.

Asal usul nama Kampung Imam Lapar (dipetik dari Facebook Guane Gamok Orang Kite (Terengganu))
Sama ada ini satu kesilapan orang dahulu meletakkan nama sebegini. kita pun tidak tahu. Imam satu panggilan hormat dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi masyarakat namun kalau Imam lapar rasanya bagi aku sangat tidak kena...

Dari cerita yang aku dengar suatu ketika dahulu terdapat seorang Imam yang mempunyai tabiat buruk suka meminta nasi kat orang kampung. Kalau tempat aku dipanggil hemoi yakni jenis muka tak malu. Oleh kerana kampung ini tak bernama maka diletakkanlah nama Kampung Imam Lapar.

Tabiat buruk imam lapar ini telah menimbulkan rasa tidak senang di hati sebahagian penduduk kampung lalu mereka mintak pertolongan kepada penduduk kampung berhampiran (juga belum bernama) untuk membantu mereka menghentikan tabiat buruk Pak Imam itu. Lalu mereka mencadangkan agar Pak Imam kampung itu berkunjung pula ke kampung sebelah kerana kononnya di kampung sebelah banyak makanan yang boleh di makan. Lalu Imam itupun bersegera pergi meninjau. Tanpa disedari kedua-dua kampung ini telah berpakat untuk mengenakan imam lapar ini.

Tanpa imam itu sedari salah sebuah rumah penduduk telah menyediakan nasi semalam untuk dihidangkan pada Imam yang lapar itu. Apabila Imam itu makan sahaja perutnya terus memulas sehingga tercirit birit dan kerana malu Imam itu terus melarikan diri ke kampung lain dan selepas itu tidak ditemui lagi. Maka kampung sebelah yang tak bernama itu dinamakan pula sebagai Kampung Nasi Dingin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails