our sponsor

Followers

Thursday, July 10, 2014

[FILEM] Ke Mana Tumpahnya Kuah (Spilt Gravy On Rice) arahan Zahim Albakri

Selain daripada Hanyut, filem ini juga dinantikan, Ke Mana Tumpahnya Kuah (Spilt Gravy On Rice), adaptasi karya drama Jit Murad yang sangat terkenal pada 1990-an (selepas 1996? Aku tak ingat sangat) yang pernah ditayangkan beberapa musim kerana setiap kali penuh panggung (waktu itu Actor's Studio di BSC, Bangsar). Drama Inggeris ini waktu itu kiranya seperti mengembalikan minat masyarakat terhadap teater selepas dunia teater lesu, serta kebangkitan baharu teater Inggeris di Malaysia. Naskhah drama ini pernah memenangi beberapa anugerah drama dan diangkat oleh pengkritik teater antara drama terbaik dekad itu. Kini, difilemkan oleh pengarah muzikal Puteri Gunung Ledang.

Aku pernah datang on set untuk filem ni. Dikatakan mereka membuat penggambaran di salah satu rumah yang akan diranapkan di belakang KLCC untuk dibuat kondo.

Ditulis oleh penulis terkenal Jit Murad, filem Spilt Gravy On Rice dibintangi pelakon handalan Datuk Rahim Razali sebagai teraju utama, Zahim Albakri, Sean Ghazi, Juliana Ibrahim, Na'a Murad, Bernice Chauly, Diana Danielle dan ramai lagi. Ia mengisahkan kehidupan lima beradik dari lima ibu yang berbeza dan seorang bapa yang membesar dalam arah yang berbeza. Berhadapan dengan seorang bapa yang berada di penghujung usia, mereka kembali ke rumah secara tergesa-gesa untuk makan malam bersama yang terakhir dengan beliau, hanya untuk mengetahui tentang rahsia yang selama ini tersimpan rapi di rumah tempat mereka membesar.

Layari Facebook Spilt Gravy On Rice dan mengikuti akaun Twitter rasmi mereka di @SpiltGravy.

No comments:

Related Posts with Thumbnails