our sponsor

Followers

Monday, October 1, 2012

LAVA GRILL BURGER : Burger bakar banjir yang memang sedap. Cubalah!


Lava Grill Burger menamakan diri mereka sebagai 'Burger Bakar banjir buatan sendiri pertama di Malaysia' dan sudah mula beroperasi pada Mei 2012 dengan cawangan pertama dibuka di Kampus UPM Serdang. Menu utama mereka, Homemade Burger Bakar Banjir dijamin 100% HALALAN TOYYIBAN.

Semua dilakukan sendiri dari daging ayam yang diperap, Patty Lembu, Sos Cili, Sos Black Pepper, Sos Cheezy hinggalah ke Mayonis dengan adunan rempah rahsia hasil olahan mereka. Dengan motto "ALANG-ALANG MAKAN BIAR PUAS" mereka pasti anda akan puashati dengan citarasa Homemade Burger Bakar Banjir keluaran mereka.



Harga Homemade Burger Bakar Banjir adalah serendah RM7.00 untuk Daging dan RM7.50 untuk Ayam. Berat patty dianggarkan sekitar 165 gram - 175 gram yang memberikan ketebalan, keenakan dan kelazatan yang tersendiri.

Jika berminat kalian bolehlah pergi ke Lava Grill Burger di alamat ini:
Lava Grill Burger Serdang, 
Jalan 18/5, 
Taman Sri Serdang, 
43300 Seri Kembangan, 
Selangor Darul Ehsan.


Waktu operasi mereka antara 6.00PM - 12:00AM (Bergantung Kepada Jumlah Patty Yang Tinggal) setiap hari kecuali Jumaat.  Mereka tidak menerima pesanan melalui talian dan SMS dan anda digalakkan untuk datang sendiri ke gerai mereka di UPM Serdang.



No comments:

Related Posts with Thumbnails