our sponsor

Followers

Wednesday, September 5, 2012

[UPDATE!!!] AKAUN TWITTER C-ha Messy ( @NurNasihaAdnan ) ADALAH PALSU


Kasihan adik C-ha Messy ( url Facebook : http://www.facebook.com/cha.messy ) apabila identitinya telah digunakan oleh individu yang tak bertanggungjawab bertujuan untuk memburuk-burukkan namanya di laman Twitter iaitu dengan nama @NurNasihaAdnan . Anda boleh lihat sendiri di Twitter akan keburukan pemilik akaun twitter palsu ini. Individu ini mungkin menggunakan identiti palsu di twitter atas dorongan kebencian, kedengkian, dan sekian perasaan dendam yang menimbulkan fitnah yang besar di alam maya hinggakan ramai yang menyangka adik Nur Nasiha sebagai membenci bapa, membenci agama, hilang arah, dan rosak akhlak. Tidak, ini semua semua tidak benar. 

Jika anda melayari Twitter, sila laporkan kepada pihak Twitter akan salah guna akaun @NurNasihaAdnan ini supaya akaun ini dapat dipadam. Bagi mereka yang melayari Facebook, sila berikan kata-kata sokongan buat adik C-ha yang amat berduka ekoran perbuatan durjana individu yang tak berguna ini. Bayangkan jika perbuatan ini dilakukan terhadap kakak atau adik atau anak atau saudara atau kenalan anda. Pasti anda merasa marah bukan? Bertindaklah dengan segera. Dan Selamat Hari Raya dari admin Ohbloglagi.

2 comments:

Ms. Whoda said...

salam, saya terpanggil untuk mengomen kerana ini isu sensitif, setelah apa yang saya siasat c-ha messy yang sebenar tidak mempunyai akaun twitter, dia telah dikhianati seseorang. adalah baik sekiranya kita mencari jalan untuk menolong beliau menutup akaun twitter tersebut, saya tak kenal siapa c-ha messy cuma terpanggil untuk menjelaskannya. facebook c-ha messy http://www.facebook.com/cha.messy

Blitzenius said...

salam Ms. Whoda, terima kasih atas komen anda. saya pun perasan sebelum anda beri komen ini, macam ada yang tak kena. bila saya check kembali tadi di Twitter baru saya faham. saya akan kemaskini entry ini dengan segera supaya rakan kita yang disayangi ini tak teraniaya dan segala salah faham dapat dijernihkan, dan fitnah ini dapat dihentikan. salam ukhwah.

Related Posts with Thumbnails