Adam & Hawa ialah sebuah lagi drama bersiri 80 episod yang diadaptasi dari novel Adam Dan Hawa karya novel hasil penulisan novelis terkenal, Aisya Sofea terbitan Alaf 21.
Adam & Hawa bakal disiarkan di saluran 134, Astro Mustika HD, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam bermula 27 Ogos 2012 ini yang menampilkan pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Nadiya Nisa serta barisan pelakon lain yang turut menjayakan Adam Hawa adalah Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).
Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Novel Adam & Hawa boleh diapati melalui laman web Alaf 21 dengan harga: RM 19.90 ( ISBN: 983-124-216-5, 512 halaman, pertama kali diterbitkan pada 23 November 2005). http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=159
Why I Can Never Be A Food Blogger
-
Because…
I am thoroughly convinced that i cannot take good photos of food BEFORE i
(or anyone) eat first.
On our recent holiday, my husband...
Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
-
Yayyyy dah dapat blue tick!! ✅
Ni lah satu-satu nya blue tick yang menggembirakan dan tak menyakitkan
hati. Haha.
Tengah dok scroll notification int...
Itinerary Trip dan Bajet Krabi 2017
-
Ni memang ramai orang PM nak tahu iternary kat Krabi..
dekat setahun jugak baru ada masa nk upload. sorry.. harap membantu pada
yang nak pergi tu :)
...
Mom Has Stacked Dinner Party Roster
-
GOLDEN, CO—Their eyes widening in amazement as the 43-year-old rattled off
the names of heavy hitter after heavy hitter, impressed members of the
Dreesh...
Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
-
Oke hai. Berasa sangat terpanggil nak update belog pasal Toujours Advanced
Collagen Shots sebab TERLALU RAMAI yang terpengaruh dan cuba dan puas hati,
TAP...
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...
0 Comments