Ada orang cakap arwah meninggal sebab kena langgar lari (ini saya tak pasti sebab laporan berita kata "... enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan..." yang mungkin memberi maksud pembawa van yang bertembung dengan arwah bersama rakan-rakan masih ada di tempat kemalangan. But then, again, there's a saying, "...Yasmin Hunwick accident motor dengan kawan-kawan dia. Mula-mula kereta langgar, semua terpelanting, and then van datang langgar lagi. Ya Allah..." So we may assume yang 'langgar lari' tu ialah kereta yang mula-mula tu. ). Dengar cerita tentang Yasmin Hunwick ( yasmin j hunwick atau nama sebenar, Yasmin Johan Eusoffe - 17 tahun, tinggal di Langkawi, Kedah) dah buat aku sebak, walaupun aku tak kenal dia. Menurut Princessmeenie : "Yasmin Hunwick is so pretty. Al-Fatihah to her. I saw she posted a photo on Instagram ''Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama di Alam Kubur." Mengikut tweet F▲RZ▲N▲ ▲UJI  ( Twitter @heyitsfarzanaaa , saya andaikan dia rakan atau seseorang yang mengenali arwah) : "Yasmin hunwick dreamt that she's eating a scorpion before she died. Al-fatihah to Yasmin Hunwick. :( she posted this book 3 weeks ago before she died :( such a pretty girl she is."




I think I become sadder on the fact that she's a pianist (as she put it on her Twitter) which reminds me of a friend, Alliia who played piano too (p/s: Nazri ada menulis tentang dirinya sbg pemain piano yg sloppy kalau nak dibandingkan dgn Alliia atau arwah Yasmin Hunwick):


(note: the video above is my friend, Alliia playing some COF track. I wonder if Yasmin has any video of her playing piano as well.. oh, ada! Cer tengok video kat bawah ni :) 



Berikut pula ialah laporan dari Bernama :

Tiga remaja perempuan maut motosikal bertembung van          LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
   Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Johari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
"Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi," katanya hari ini.
   Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
   Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan.

Melihat ramai rakyat Malaysia yang tak putus-putus memberi ucapan takziah kepada keluarga Yasmin samada di Facebook atau Twitter, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:
“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman."


Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham dan rakan-rakannya.

more on arwah:
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Blogspot : misschronicz.blogspot.com
Twitter : @yasminhunwick_22
Instagram : yasminhunwick_22
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com


Takziah juga buat keluarga kepada Allahyarham Haizri bin Ismail yang meninggal dunia pada hari yang sama. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.






















PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT :