our sponsor

Followers

Monday, July 3, 2017

Vokalis May, Mus koma akibat demam panas selepas raya

PETALING JAYA: Vokalis band rock kapak terkenal May yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan Wings iaitu Mus berada dalam keadaan koma dan  dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat demam panas sejak tiga hari lalu.

Mus terkenal sebagai penyanyi lagu Sendiri bersama kumpulan May dan Biru Mata Hitamku bersama kumpulan Wings menggantikan Mel semasa ketiadaan Awie.

Menurut isterinya, Sue, suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor ekoran situasi diri dia yang terlalu lemah selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian  bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa),"katanya. Sue berkata, keadaan Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, bertambah teruk pada petang Isnin akibat demam berkenaan. "Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," ujarnya.

Ditanya punca Mus mengalami sakit, Sue memberitahu suaminya berada dalam keadaan baik sebelum ini namun  dia mungkin keletihan. "Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapannya tiada yang serius," jelasnya.

Turut berkongsi berita ini ialah rakan penyanyi dari kumpulan Bumiputra Rockers, Joey melalui laman media sosialnya.




Mari kita sama-sama panjatkan doa semoga kesihatan abang Mus kembali pulih seperti biasa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails