Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Tyrese Gibson yang lebih dikenali dalam dunia lakonan sebagai Roman Pearce , watak filem The Fast and the Furious mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama barunya Muhammed Tareeq Taker (sebagai penghormatan pada tempat dia memeluk Islam iaitu Seberang Taker, Kuala Terengganu) atau orang Ganu panggil Pok Rik atau Ustak Tarikh Undertaker. Alhamdulillah. Dia juga pernah dicalonkan Oscar untuk filem Transformers dan Suamiku Paling Bodoh Sekali Dalam Dunia Yang Fana Ini (membawa watak suami yang bodoh dengan cemerlang sekali).
Berita pengislamannya kurang mendapat perhatian berikutan dia tidak mempunyai pakej kulit cerah qu puteh seputeh Felixia Yap namun menyatakan pengislamanya itu dengan niat yang ikhlas dan bukannya gimik semata-mata selepas kurang mendapat tawaran berlakon dari Hollywood sementelah kemunculan banyak bakat-bakat baru yang hebat di arena lakonan seperti Emma Maembong, Ayda Jebat dan Bobo yang sedikit sebanyak menenggelamkan populariti pelakon yang uzur sepertinya. Tyrese berhasrat mahu memadam gambar-gambar ketika menjadi pelakon dahulu yang mendedahkan lubang pusat di Instagram secara perlahan-lahan sejak malam Nisfu Syaaban yang lalu. Dia juga baru mengikat kontrak sebagai duta kain sarung Atlas menggantikan Deddy Mizwar. Kami bersyukur atas rezeki Tyrese. Pakai Atlas juga ya? Ya pasti, jenama Atlas. Shuffle bersepah.
Klik gambar untuk video ucap 2 kalimah syahadah Tyrese.
No comments:
Post a Comment