Advertisement

Responsive Advertisement

[PERADUAN] The Script LIVE in Malaysia 2015

Peminat muzik pop rock, khususnya penggemar kumpulan The Script, dijemput menyertai pertandingan anjuran Sony Music Malaysia untuk memenangi sepasang tiket eksklusif bagi menyaksikan persembahan mereka secara langsung di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam pada 19 April 2015.

Setiap tiket bernilai RM255 dan hanya tiga pasang tiket disediakan untuk dimenangi.

Cara penyertaan adalah seperti berikut:

  1. 'Suka' halaman rasmi Facebook Sony Music Malaysia di www.facebook.com/sonymusicmy

  2. Beli album No Sound Without Silence melalui iTunes di http://apple.co/14Un2z6

  3. Lengkapkan ayat berikut:
    “Lagu pertama yang saya dengar daripada The Script ialah ____. Lagu ini istimewa kerana...”
    (Jawapan tidak melebihi 30 patah perkataan)

  4. Ambil tangkap layar bahagian atas halaman Facebook Sony Music Malaysia

  5. Hantarkan maklumat peribadi (nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, umur), bersama resit pembelian iTunes dan tangkap layar tersebut ke alamat e-mel berikut:
    contest.my@sonymusic.com

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 April 2015 (Sabtu). Pengumuman pemenang akan dibuat pada 14 April 2015 (Selasa).

Album No Sound Without Silence turut boleh didengari melalui platform berikut:

Spotify: http://spoti.fi/1ynSBy4
Deezer: http://bit.ly/1yJea7W
KKBox: http://kkbox.fm/JU03Kz

Terma dan syarat pertandingan tertakluk kepada pihak penganjur.


Post a Comment

0 Comments