our sponsor

Followers

Monday, March 2, 2015

Ulasan filem PUAKA BALAI GOMBAK (KRU/United Studios)

ULASAN: Filem ini bukanlah yang terbaik tapi saya rasa terhibur. Cuma endingnya agak 'Hollywood' (dan kesan khas CGI yang plastik sedikit mengganggu). Footage-footage yang dipaparkan banyak yang menarik. Tetapi telah dicacatkan oleh kesan bunyi. Akan lebih menyeramkan jika kesan bunyi itu tiada dan ia akan lebih menepati suasana real time yang dialami/dirakamkan saat itu. Saya menonton filem ini bersama dua lagi rakan, dan mereka turut bersependapat dengan saya, kesan bunyinya agak menganggu.

Bagaimanapun saya puji  kelancaran skrip yang dituturkan oleh semua pelakon. Sangat spontan,sangat real dan sangat remaja. Cuma kekurangannya, ia mencerminkan betapa kurangnya adab orang Melayu kita terutama di kalangan remaja. Tapi ia sangat menepati keceluparan yang cuba diketengahkan. Lakonan ketiga-tiga pelakon utama itu boleh diberi pujian terutama yang memegang watak Rizal. Sangat terhibur dengan telatah beliau terutama ketika adega  di Puchong. Saya ingin memberi pujian kepada pengarah, kerana masih mengekalkan mistik Melayu dalam filem ini, seperti adegan kereta melanggar benda (sebagai petanda tidak baik). Dan kekemasan beliau dalam mengenengahkan perkara remeh dalam kereta yang mereka pandu kerana saya ternampak ada sepasang kasut dibawah seat. Ini adalah sangat lumrah dalam realiti dan saya sebagai penonton rasa dihargai bila melihat perkara remeh ini ada dalam filem ini walaupun hanya dipaparkan beberapa saat sahaja, kerana ia melengkapi genre filem ini. Puaka Balai Gombak bukanlah original tetapi lebih menghiburkan berbanding filem genre serupa seperti Highland Towers dan Ia Wujud.

SINOPSIS: Setelah gagal menemui makhluk halus di beberapa lokasi yang terkenal dengan cerita-cerita seram, sekumpulan pengkaji paranormal yang sering mempertikaikan kewujudan makhluk halus yakin makhluk tersebut tidak wujud. Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari, di sebuah balai polis yang terbiar di Gombak, mereka berdepan dengan cabaran terbesar mereka.

Klasifikasi: P13
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 29 Januari 2015
Pengedar: TGV Pictures
Pengarah: Wan Mohd Hafiz Wan Hussein
Pelakon: Hazwan As'ari, Shukri Mohd Tahir, Farhaziq

GAMBAR-GAMBAR DARI SIDANG MEDIA PUAKA BALAI GOMBAK:

No comments:

Related Posts with Thumbnails