ULASAN: Into The Woods ialah sebuah persembahan filem komedi muzikal yang menarik kerana didepani pelakon-pelakon yang hebat seperti Meryl Streep, Anna Kendrick, Emily Blunt dan Johnny Depp (sebagai The Wolf yang saya kira kejam gila, bukan sebab wataknya yang sememangnya kejam tetapi kerana penampilan Depp yang sekejap sangat, tak padan dengan posternya bak pelakon utama). Into The Woods bermula dengan "I Wish" nyanyian watak-watak dongengan dari teks Brothers Grimm tapi berakhir dengan not-so-happy-ending untuk empat watak utamanya, kontra dengan gaya penutup 'happily ever after' Grimm. Anda harus beri perhatian pada setiap perbualan mereka yang diadun dengan nyanyian watak-wataknya yang sering berkait di mana mereka disatukan di sebuah hutan. Nyanyian "I wish..." watak-wataknya menjadi tunjang cerita di mana adakalanya tak semua yang kita inginkan itu baik untuk kita.
Plot berkisar dua watak utama, pembuat roti dan isteri yang mahukan anak, tanpa sedar ketidak suburan isterinya disebabkan disumpah oleh jiran mereka, si ahli sihir sebab ayah si pembuat roti mencuri sesuatu dari ahli sihir. Ceritanya berlaku dalam dunia dongengan Brothers Grimm malahan kisah si pembuat roti dan jirannya ada rujukan dari Rapunzel seawal filem lagi.
Maknanya, filem ini menuntut pemahaman anda pada teks Brothers Grimm, sebagaimana anda tonton siri tv 10th Kingdom atau novel grafik, Fables tulisan Bill Willingham. Tanpa pemahaman ini, anda mungkin terpinga-pinga dan sedikit tersesat kerana ada babak-babaknya mengambil jalan pintas, sebagai contoh, adegan Cinderella di majlis tari menari ditiadakan untuk memberi penekanan pada plot tunjangnya.
Saya suka filem ini sebab ia make fun of these characters melalui nyanyian mereka. Contohnya dua watak putera. They never take it seriously, malah tak ikut standard Disney langsung yang mana watak-watak ini selalu digambarkan 'macam bagus' sedangkan ia ada menunjukkan kedangkalan watak ini melihatkan cara ia sering dipersembahkan sebelum ini (Disney cuba mengubahnya melalui Frozen dan Maleficent). Perlu difahamkan juga yang Into The Woods berasal dari persembahan komedi muzikal Broadway karya Stephen Sondheim dan James Lapine (kedua-dua mereka menyumbangkan lagu dan lakonlayar pada filem ini). Tak semua rasanya dapat menerima sebuah filem muzikal sebegini walaupun anda menyukai filem berdasar kisah dongeng namun pada saya, Into The Woods tetap sebuah filem yang seronok ditonton.
Filem Into The Woods telah mula ditayangkan di pawagam serata Malaysia mulai 15 Januari lalu, edaran Walt Disney Studios Malaysia.
PLOT: Filem yang diarahkan oleh Rob Marshall ini mengisahkan tentang seorang ahli sihir yang memberikan pengajaran penting kepada pelbagai watak popular kegemaran kanak-kanak seperti Little Riding Hood, Cinderella, Jack dan Rapunzel. Filem komedi fantasi ini dibintangi oleh Meryl Streep, Johnny Depp dan Emily Blunt.
Klasifikasi: P13
Genre: Fantasi / Muzikal
Tarikh Tayangan: 15 Januari 2015
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Rob Marshall
Pelakon: James Corden, Emily Blunt, Anna Kendrick, Meryl Streep, Johnny Depp
No comments:
Post a Comment