Ustaz Nordin Jaafar dikenali sebagai seorang artis bermula dengan sebuah album berjudul Mari Berdoa keluaran Inteam Records/EMI pada tahun 2007. Beliau adalah seorang menggubah dan penulis lirik berbakat yang mencipta lagu Bulan-bulan Islam untuk album AlarmMe – ALAMI (1999) dan lagu Doa Makan untuk album Raihan – TAWAKKAL (2006). Kedua-dua lagu tersebut telah dipilih untuk menjadi lagu utama untuk promosi album di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga pernah memegang peranan sebagai vokalis utama kumpulan AlarmMe dan Raihan (menggantikan Nazrey Johari).
Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengurus Editor di Inteam Publishing Sdn Bhd. Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni, beliau telah menjelajah ke lapan buah Negara untuk membuat persembahan seperti Singapura, Indonesia, Perancis, United Kingdom, Kanada, Trinidad & Tobago, Dubai, dan Kuwait.
Kesemua surah, zikir, dan doa yang terdapat di dalam album ini diterbitkan oleh Zahra Publishing Sdn Bhd dan diedarkan oleh Universal Music Sdn Bhd. Album ini juga menampilkan Imam Muda Hassan Adli bagi mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa kekayaan.
Album ini diterbitkan bertepatan dengan kehangatan isu bebanan kos sara hidup iaitu kenaikan harga barangan dan GST yang bakal digunapakai pada tahun hadapan, memungkinkan keresahan di hati setiap rakyat Malaysia khususnya. Suka ataupun tidak, peningkatan kos sara hidup akan tetap terjadi. Sebenarnya, pilihan yang ada (terutamanya umat Islam) adalah dengan beramal soleh dan beriman dengan Allah bahawa Dia-lah sesungguhnya yang mampu memberkati dan menjamin rezeki para hamba-Nya. Allah berjanji bagi setiap lelaki atau wanita yang beramal soleh dan beriman kepada-Nya, akan beroleh kehidupan yang baik. ‘Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan’. (Surah al-Nahl: 97)
Justeru, terhasilnya produk ini adalah langkah bijak mengajak pendengar untuk mencari keberkatan dalam kehidupan. Secara tidak langsung, pendengar dapat beramal soleh sambil berhibur dengan lagu-lagu doa dan wirid harian secara santai. Hanya dengan mendengar produk ini dengan ikhlas selama 21 hari dan ke atas secara konsisten di waktu pagi dan petang, insya Allah pengamal akan dapat menyaksikan kesan yang positif dalam kehidupan. Album ini mengandungi amalan-amalan murah rezeki, perlindungan diri dan kesihatan.
Pautan:
Universal Music Malaysia
Facebook Universal Music Domestic
Facebook Iman Evi Sdn Bhd
No comments:
Post a Comment