Jika ada sebuah filem yang benar-benar 'case study' kisah dongeng Cinderella yang berjaya dan dalam masa yang sama tampak original di layar besar Hollywood, maka saya pilih Ever After lakonan Drew Barrymore. Jelas sekali Lily James (pelakon siri televisyen Downton Abbey) punya tugas besar dalam menyarung kembali sepatu kaca yang pernah dipakai oleh Drew. Versi terbaru Cinderella oleh Disney ini mungkin akan berjaya kerana: 1) Kisah dongeng sebegini memang makanan harian Disney, 2) Ia ditangani oleh pengarah Kenneth Branagh yang memang teliti dalam pembikinan filem adaptasi sastera klasik.
Trailer Cinderella yang baru saja dimuatnaik sejak semalam ada ciri-ciri kedua-dua yang saya sebut. Tetapi dari segi cerita, apakah perkara baru yang bakal ditampilkan? Atau ia hanya akan jadi 'sebuah lagi adaptasi Cinderella yang bakal dilupakan'? Nantikan filem penuhnya yang bakal muncul di pawagam 12 Mac 2015 ini edaran Walt Disney Studios Malaysia. Lakonan Lily James, Cate Blanchett, Richard Madden, Holliday Grainger, Sophie McShera dan Helena Bonham Carter.
No comments:
Post a Comment