our sponsor

Followers

Friday, October 17, 2014

[ULASAN.FILEM] KL Zombi lakonan Zizan Razak

Adaptasi dari novel FIXI Zombijaya, KL Zombi ni bahagian art dia agak menonjol. Tapi dah masuk elemen lawak, kadang-kadang dah melunturkan nilai eksklusif filemnya. Saya yang baca Zombijaya rasa nak menangis tengok filem ni.

KL? Tang nama sekolak tu je nak tunjuk KL. Yang lain asyik belakang kedai je. Lepas tu tulis konon-konon kat Cheras la, kat mana la.Wtfish... Satu je sebab aku tengok movie ni. Sebab ada babak di hypermarket (tak pernah lagi aku tengok movie Melayu babak kat situ, selalu movie omputih je). Yang ketara filem ni, the splatter of blood langsung tak nampak. Guna kayu hoki tu, darah kat baju pun takde rasanya.

Aku tengok filem ni buat lagi menyampah kat Zizan lagi ada. Lawak bodoh yang stereotype dan dibuat-buat. Mimik muka yang terlalu klise dan slapstick. KL Zombi ni ada idea. Tapi sangat mengarut. Aku tak suka karektor Zizan tu macam tak tentu arah. Tak masuk akal dan tak logik. Kalau nak kasi kartun, biar kartun betul. Dan aku baca Zombijaya sebelum tengok filem dia. Dan benar, buku dia lebih menarik.

SINOPSIS: Lima sahabat baik (Alif, Sofea, Ana, Kamarul dan Nipis) sedang bergembira pada sambutan tahun baru di Lembah Klang dan tidak semena-mena salah seorang daripada mereka telah digigit anjing bervirus. Virus zombie tersebut bukan sahaja telah merebak dari punca yang tidak diketahui malah sudah sampai ke Sarawak dan seluruh Malaysia. Dalam penularan wabak zombie itu, Nipis mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya kerana dia percaya kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

Klasifikasi: U
Genre: Aksi / Komedi / Seram
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Ming Jin
Pelakon: Zizan Razak, Siti Saleha, Iedil Putra, Zain Hamid, Azhan Rani, Izara Aishah

No comments:

Related Posts with Thumbnails