HAYAT… 45 TAHUN SENIMAN RAMLI SARIP
Pada petang Selasa, 23 September yang lalu di Istana Budaya telah berlangsungnya sidang akhbar konsert penyanyi legenda Datuk Ramli Sarip sempena 45 tahun yang dipanggil HAYAT… 45 TAHUN SENIMAN RAMLI SARIP yang bakal diadakan selama 3 hari pada 17 hingga 19 Oktober 2014 dari 8:00 malam hingga 11:30 malam di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Memetik kenyataan akhbar pada petang itu, HAYAT sebagai tajuk persembahan kali ini dijelaskan oleh beliau sebagai "...satu tema yang sukar diilham. Emm… berbanding tema-tema sebelum ini seperti Ziarah Seni, Ruh Zaman, Mutiara Zaman dan lain-lain, dan saya harus percaya ia adalah sebagai… HAYAT. Ia boleh dikatakan sebagai masa, ketika, waktu, umur, lagu, ketahanan dan sebagainya."
Persembahan Datuk Ramli Sarip akan membawa penonton lebih dalam terhadap asal-usul pengembaraan seni selama 45 tahun beliau.
7 album bersama Sweet Charity membawa nama Ramli Sarip sebagai salah seorang penyanyi berkarisma dan beridentiti, dengan barisan lagu-lagu yang mantap dan terus menjadi legenda sehingga kini. Karier solo yang bermula 1985 dengan album Ramli Sarip melahirkan lagu-lagu anthem rock seperti Jikalau Berkasih dan Panah Beracun. Bukan Kerana Nama (1986) ialah album penuh bermakna. Perjalanan Hidup (1987) pula sangat kaya dengan falsafah hidup. Album-album seperti Syair Timur (1997) dan Kalam Kesturi (2002) digarap dengan penuh kasih, kerohanian dan ketelitian. Koleksi-koleksi Ziarah Seni dan kompilasi beliau semuanya mendapat sentuhan peribadi samada dalam bentuk pilihan lagu atau konsep yang dipakejkan.
Konsert Ruh Zaman (2005) di Istana Budaya ialah salah satu kenangan yang sukar dilupakan bagi para peminatnya, apabila berpeluang menyaksikan satu persembahan bertaraf tinggi di sebuah panggung yang ekslusif. Dan konsert Tafsiran Budiman (2010) di Dewan Filharmonik Petronas membawa insan ini ke tahap yang diiktiraf sebagai seniman yang jitu dengan falsafah serta keperibadian.
HAYAT… 45 TAHUN SENIMAN RAMLI SARIP bakal dilihat akan ‘mengulas’ dan menggambarkan perjalanan yang panjang ini. Beliau turut berkata mengenai jemputan ahli-ahli Sweet Charity untuk bermain dalam konsert kali ini. Malahan pengaruh besar Sweet Charity dari Indonesia God Bless akan turut menerima jemputan. Jadi, seniman hebat seperti Achmad Albar, vokalis God Bless juga akan berpentas bersama-sama. Penyanyi wanita yang akan berduet dengannya, Ramli mengundang Dayang Nurfaizah. Aris Ariwatan juga diundang untuk berduet lagu-lagu yang pernah dirakam bersama Tan Sri SM Salim. Tidak akan dilupakan ialah kumpulan yang telah bersama-sama beliau menempa nama di industri muzik iaitu Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaffar Jawahir (AJ) dari Sweet Charity.
Pemuzik tanahair yang akan mengiringinya beliau seperti:
Man Kidal Gitar I
Rizal Halim Gitar II
Tom Anuar Drum
Fauzie Zain Bass Gitar
Roza Rasul Kibod I
Belle Fatah Kibod II
Kamrulbahrin Hussin Perkusi I
Paang Zaman Perkusi II
Boy Razli Flute/Gambus
Pemuzik Jemputan
Aji Samin Gitar
Din Safari Bass Gitar
Harga Tiket: RM80, RM130, RM200, RM260, RM320, RM380, RM400
Online Ticket: https://online.ilassotickets.com/
Agen Bertauliah:
- outlet Rock Corner
- outlet Victoria Music Centre
- Acoutic AcousticMusic Pertama
- Perfect Music Campbell Kompleks
Atau hubungi :
Rasamusic Sdn Bhd 0132633938 (whatsapp/tel/sms)
No comments:
Post a Comment