Festival kopi dan seni terbesar di Malaysia kembali ke Publika dengan membawa lebih banyak kopi, muzik, seni dan kebudayaan. Dianjurkan oleh Racing Creatures Sdn Bhd, CAFFA akan diadakan dari 26 hingga 28 September 2014 di PUBLIKA yang meliputi Boulevard, The Square dan MapKL, acara untuk seisi keluarga ini meraikan keindahan dunia bertemakan kopi, muzik, seni dan kebudayaan. Buat pengunjung, ia mendidik anda untuk menghargai, membuka minda anda tentang kepelbagaian kopi selain turut menikmatinya. Turut diadakan persembahan muzik, teater dan visual.
Tahun ini ia menghimpunkan 30 tapak pameran yang merangkumi penyertaan dari pelbagai gerai soda dan aiskrim, Espresso Martini Launch Party; program simposium kopi yang pertama di Asia khusus buat penggemar kopi dan profesional, demonstrasi Live Barista ; A Latte Art Street Jam; Tempatan Fest; Numinous Live Poetry and Music evening; Live Bands & Street Performers; dan Emerging Artist Exhibition; Photography Exhibition; Doodle Competition by the Doodict Collision, Live Graffiti Jam dan banyak lagi.
Datanglah! Anda akan dapat merasa pelbagai jenis kopi, melihat pelbagai karya seni dan mendengar pelbagai jenis muzik. Ianya percuma untuk semua peringkat umur (kecuali acara tertentu yang memerlukan tiket!) Dari 10 pagi hingga 8 malam! Lawati laman web CAFFA www.caffasasia.com atau Facebook https://www.facebook.com/CoffeeArtFringeFestival untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment