our sponsor

Followers

Wednesday, August 6, 2014

[PREVIEW FILEM] Mamak Cupcake

Writer: Eyyy Mr. Producer, saya ada skrip ni nak jual, tajuk dia Mamak Cupcake, amacam?

Producer: Cun!! Minggu depan shoot!

Mamak Cupcake, apa time pilih tajuk filem tengah mabuk ke apa ni? Mat Tudung la. And now Mamak Cupcake. What the hell is wrong with Malaysia's film industry? Aku akan tengok cerita ni sebab Hasbullah Awang. Come on lah, bila nak berkembang asyik buat filem lawak yang dibuat-dibuat? Kang buat filem aksi kau kata poyo pulak, filem Melayu tak bleh blah la apa la. Buat apa pun serba tak kena. Hasad je ada. Ok apa filem ni. Filem Melayu boleh jalan dengan komedi ja disebabkan majoriti pemikiran bangsa dia tu yang primitif dan susah menerima unsur baru. Filem aksi saya okey tapi kalau filem-filem lawak dibuat-buat macam ni, saya anti. Siapa kata majoriti kita tak boleh terima unsur baru? Dah tengok Kolumpo, KIL, CEO, SONGLAP, Sepet? Especially awak kena tengok CEO, standard komedi alaf baru.

Ok setakat ni tak tengok lagi tapi dah menarik trailernya. Harap cerita ni boleh pecah panggung. Nak hasilkan lawak yang dilakonkan memang susah. Lagi-lagi kena repeat lakonan sebab tak pakai camera banyak angle. Masak juga untuk nak buat lawak. Part mengedit sound dan scene pun main peranan penting supaya jalan cerita tak bosan. Go go Malay film! Lepas ni boleh ke nak request kereta mewah letup? Lebih sikit budget dari filem yang dah ada. Kalau budget lepaslah ye. Maaf kalau salah cakap, sekadar memberi sokongan.

Sinopsis: Filem ini berkisar tentang seorang berketurunan mamak dan merupakan anak jati Penang iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang amat meminati dalam pembuatan kek cawan. Konflik berlaku apabila ayahnya ingin mewariskan perniagaan keluarganya kepada MJ. Juliana (Siti Saleha) memberikan harapan baru kepada MJ yang hampir berputus asa. Jadiyang mana satu agaknya pilihan yang akan dibuat oleh MJ?



Klasifikasi: NA
Genre: Drama / Kekeluargaan
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2014
Penerbit/ pengedar: Grand Brilliance, PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Ming Jin Woo
Pelakon: Shaheizy Sam, Siti Saleha, Faizal Ismail (FBI), Azad Jasmin, Maria Farida, Natasha Hudson, dengab penampilan khas Adibah Noor, Dato Haji Hasbullah Awang, AG HotFM, Acappan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails