our sponsor

Followers

Wednesday, August 6, 2014

[PREVIEW FILEM] Into The Storm

Di pawagam mulai hari ini : INTO THE STORM

Filem genre disaster dengan konsep 'found footage'. Filem aksi arahan Stevie Quale ini memaparkan ribut taufan yang melanda kawasan Silverton di mana ia digabungkan dari tiga perspektif: 1. Video kapsul masa sebuah keluarga tiga beranak, 2. Sekumpulan pengkaji yang mahu merakam detik-detik ketika berlakunya ribut taufan dan 3. Dari video viral orang kampung yang 'gila' merakam aksi stunt untuk mencapai hit berjuta dan popular di YouTube. Filem yang penuh aksi mencabar yang diselit drama ini dibintangi oleh Richard Armitage, Sarah Wayne Callies, Matt Walsh, Alycia Debnam-Carey, Arlen Escarpeta, Max Deacon, Nathan Kress, JonReep dan ramai lagi.



Klasifikasi: P13
Genre: aksi, drama, disaster
Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2014
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES (MALAYSIA)

Laman web rasmi www.intothestormmovie.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails