our sponsor

Followers

Thursday, August 14, 2014

[PREVIEW FILEM] Gallows Hill ( a.k.a THE DAMNED)

Dari pengarah MIRRORS 2, penerbit SAW dan penulis THE CALL. Filem Gallows Hill ( atau The Damned untuk pasaran antarabangsa dan Encerrada di Colombia) bertemakan misteri, seram dan ngeri yang pastinya padat dengan aksi-aksi menakutkan dan mendebarkan sesuai buat penonton yang gemarkan plot penceritaan seperti ini. Filem arahan pengarah berbakat, Victor Garcia (dia banyak membantu pengarah Guillermo del Toro dalam kerja kesan khas untuk filem Pan's Labyrinth,The Devil's Backbone dan Hellboy) menampilkan lakonan bintang-bintang Hollywood seperti Peter Facinelli, Sophia Myles, Nathalia Ramos dan ramai lagi. Plotnya berkisar pasangan tunang dari Amerika (lakonan Facinelli dan Myles) yang ke Bogota, Columbia di mana David Reynolds mahu menjemput anak gadisnya yang kuat memberontak bernama Jill (Ramos). Namun kemalangan kereta dalam perjalanan membuatkan mereka tersangkut di sebuah motel tinggalan yang agak menyeramkan di mana tuan kepada tempat penginapan ini mengurung seorang gadis di bilik bawah tanah dan tindakan pasangan ini untuk membebaskan gadis tersebut telah mengundang akibat yang tidak diduga.

Klasifikasi: NA
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2014
Bahasa: English
Pengedar: RAINFILM SDN BHD
Pengarah: Víctor García
Cerita dan lakonlayar: Richard D’Ovidio
Pelakon: Peter Facinelli, Sophia Myles, Nathalia Ramos, Carolina Guerra.
Muzik dan skor: Frederik Wiedmann
Twitter: @GallowsHillFilm
Hashtag:  #TheDamned

--------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Related Posts with Thumbnails