our sponsor

Followers

Thursday, August 7, 2014

[FOTO] Peter Dinklage di set filem PIXELS

Dalam pembikinan: PIXELS

Ini bukan Rocket Raccoon yang cuba dijelmakan ke alam manusia selepas dicium Shrek. Peter Dinklage ialah otai video game era arcade yang kembali beraksi selepas dicabar makhluk asing yang tersalah tafsir kod permainan video klasik seperti Pac-Man,Frogger, Donkey Kong, ,Centipede dan Space Invaders sebagai mesej dari bumi untuk melancarkan perang. Filem yang mengambil konsep permainan video seperti Tron dan Wreck-It Ralph ini turut didepani oleh Adam Sandler, Kevin James dan Josh Gad, dengan Chris Columbus dibangku pengarah.  Bakal tayang 15 Mei 2015,  tahun hadapan, edaran Sony Pictures (Malaysia).

Ya, anda boleh photoshop si Tyrion Lannister ini di sebelah Rocket Raccoon, dan anda menang internet hari ini.

Laman web rasmi: http://pixelsmovie.tumblr.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails