Advertisement

Responsive Advertisement

Gambar terbaru remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah yang biarkan ibunya, Lolanopita Sadi

Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang sebelum ini mendapat perhatian masyarakat, kini kelihatan lebih sihat dan ceria selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja'afar pagi ini.

Beliau yang sebelum ini menerima rawatan susulan dipindahkan ke pusat jagaan Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah bagi meneruskan pemulihan dalam suasana yang lebih kondusif.

Dua penyelia jururawat, Darwisah Idris dan K. Malathy, mengambil kesempatan untuk memeluk dan beramah mesra dengan Firdaus yang kelihatan gembira dan mesra. Keceriaan yang terpancar dari wajah remaja ini mencerminkan perubahan positif dalam kehidupannya selepas melalui episod yang mencabar sebelum ini.

Keadaan Terkini Ibu Tidak Diketahui

Setakat ini, keberadaan ibu kandungnya, Lolanopita Sadi, belum dapat dipastikan. Bagaimanapun, pihak berkuasa dan agensi kebajikan dilaporkan akan terus memantau perkembangan Firdaus dari semasa ke semasa bagi memastikan hak dan kebajikannya terpelihara.

FOTO Iqmal Haqim Rosman

Post a Comment

0 Comments