Dengan rilisnya poster rasmi (akhir) filem X-Men: Days of Future Past (bakal keluar di pawagam mulai 22 Mei 2014 melalui 20th CenturyFox), kita pelajari beberapa perkara:
1) Ada banyak 'Iron Man' di dalam poster yg mungkin memberi petanda francais X-Men cuba ditarik masuk ke Marvel Studios/Disney kalau dah habis kontrak dgn Fox, sekurang-kurangnya selepas sebuah filem lagi, sedang hakikatnya Fox melobi lebih banyak filem siri ini (Deadpool?), sebuah lagi filem Wolverine dan sebuah 'filem misteri Marvel' yg tetaplah kekal misteri hingga kini.
2. Admin page ini yg baru saja dilantik merasakan dia boleh menggunakan beberapa masa tak sampai sejam untuk menghasilkan poster filem di atas. Dengan kata lain: betapa generik dan boringnya poster filem X-Men ini.
3. Dan sampai ke sudah si admin menyumpah-nyumpah nama Bryan Singer yang mengambil alih tugas pengarah dari Matthew Vaughn sebab Matthew seorang pengarah yg 'kick ass' dan memberi visual yg segar pada X-Men selepas beberapa ketika lesu di layar.
Akan tetapi, trailer terbaru X-Men ada memberi sedikit harapan. Sedikit sajalah.
No comments:
Post a Comment