FYI, telemvie terbaru dari Juliana Evans dan Liyana Jasmay. Imma not convince... Faliqfahmie pun patut ada movie adaptation.
di bawah ialah update dari FB Jue evans:
Juliana Evans (official)
A'kum semua :) skrg Jue tgh sibuk shoot telemovie utk Tv3 bertajuk 'Si Tudung Tweet' bersama Liyana Jasmay dan ramai lagi. nanti jue update lagi k klu ade apa2? thanks 4 the support guys!! anyways, this is my ONLY official facebook page that I handle. all the other 'Juliana Evans' is not handled by me but thanks for the effort of makin 'em! ;) much love xxx
October 5 at 1:00am
here's the trailer and tell me what you guys think about this telemovie? adakah gambaran gadis tudung bertwitter ini sedap dipandang mata? masihkah juliana evans perlu dibekalkan kain yang secukupnya? ataupun anda nak kata, "ouh, liyana! i minat you! cantik you bertudung. teruskan supaya karier anda leboh afdhol dan halalan toyyibah!":
SINOPSIS
Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.
Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga.
Dibarisi Oleh : Liyana Jasmay, Izzue Islam, Natasha Hudson, Juliana Evans, Afiq Muiz
SI TUDUNG TWEET ini akan di tayangkan pada 16 November 2011, 8.30 malam di TV9
No comments:
Post a Comment