our sponsor

Followers

Tuesday, September 20, 2011

jawapan saya pada "Zee Avi tak dicalonkan dalam AIM ke 18"


Zee Avi tidak layak dicalonkan kerana albumnya menjalani rakaman di luar Malaysia. Persoalannya, seorang bintang Glee boleh hargai bakat anak seni ini. Kenapa Recording Industry Association of Malaysia (RIM) menganaktirikan bakat Malaysia yang sedia ada?


- petikan dari OHBULAN!

ini soal nilai album. anda mahukan hasil yang terbaik untuk album anda. pengiktirafan macam dari AIM jatuh pada tempat kedua. katalah saya tak dapat hasil mastering terbaik di Malaysia dan ada bajet nak bayar Howie Weinberg kat US, i'll do that. bila hasil yang anda keluarkan pada sebuah album itu baik, bukan orang kat tempat kita je yg recognize, tapi orang luar juga. ini lebih bertitik tolak pada soal professionalism dan diakui memang kita jauh terkebelakang berbanding negara luar.

tapi yang lebih penting ialah muzik itu sendiri. katalah anda belanja production yang besar sekalipun sampai kat studio NRG Recordings atau Abbey Road, tapi kalau lagu yang anda hasilkan itu rendah nilainya, tiada siapa yang peduli.

mungkin orang2 di RIM mahu lebih ketat dalam soal produksi album dengan mengiktiraf studio2 dalam negara dan tenaga jurutera bunyi dalam negara, tapi saya rasa mereka boleh longgarkan sedikit dalam soal pengkarya iaitu penyanyi, pemuzik dan penulis lagu di dalam album tersebut yang sememangnya anak tempatan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails