KUALA TERENGGANU: “Ketika itu saya terlalu cemas dan sudah terbayang di fikiran pesawat itu akan terhempas,” kata duda Nora Danish, Toh Muda Rizal Ashram Ramli (umur tidak dinyatakan, terlalu tua untuk siri animasi Silverhawks, Mospeada, hatta Inspector Gadget sekalipun)ketika pesawat ringan jenis Diamond DA 40 dipandu bersama kekasih rembatnya, Nur Fasha Sandha Hassan hilang kawalan lalu terhempas di pesisir Pantai Tok Jembal yang satu waktu dahulu merupakan tempat Nazri Ahmadeus, Nasir Ali dan John5 Syed Lowerry membuat sesi fotografi sebelum budak-budak hipster berkamera DSLR sudah reti menggantung menda alah itu dileher mereka ibarat kalung pusaka berbentuk CD di zaman 4U2C dahulu.
Walaupun pesawat itu yang asalnya helikopter telah berubah bentuk kepada Switchblade seperti yang dipandu Miles Mayhem daripada pakatan V.E.N.O.M (kependekan untuk Vicious Evil Network of Mayhem) dalam siri kartun popular 1980'an M.A.S.K. ia tidak membantu menghalang pesawat itu daripada terjunam ke pantai. Kelihatan beberapa pelajar IPT yang sedang melakukan perkara mungkar di semak-semak berdekatan terkejut dengan hempasan tak ingat itu.
Rizal ke sebuah pulau peranginan di Terengganu bertujuan membuat ‘surprise’ kepada, Fasha Sandha ketika pelakon itu sedang mengikuti penggambaran. Tetapi dia pula yang surprise bila dikerumuni wartawan terjah dan tak lupa, mat teropong.
Ah, we can always dream,.... don't we?
Giveaway Kamera GoPro Setiap Hari melalui Reef Rescuers. Bagaimana??
Cara mudah untuk menang Macbook Pro, iPad mini atau jam Casio Baby G watch!Sertai peraduan #AllShinyWhite !
Cuti sekolah esok bermula 25 Mei 2013, bawa anak-anak anda atau diri sendiri ke pawagam-pawagam GSC untuk aktiviti istimewa sempena #GSCSchHoliday! Dapat goodie bags percuma, tiket wayang dan temui watak-watak dari filem animasi seperti Despicable Me dan The Smurfs!!!
Lain-lain yg anda perlu check out!
Anda akan tentukan siapa bakal menang di Anugerah Blokbuster Astro. Undi pelakon dan filem terbaik sekarang!
No comments:
Post a Comment