our sponsor

Followers

Thursday, April 3, 2014

Preview 20 minit eksklusif filem GODZILLA (2014)

Jika di dalam filem Lagi Lagi Senario, melihatkan imejan di atas secara pintas pasti Yasin akan berkata dia terlihat ekor sesumpah (yang menjawab salam). Hakikatnya, ia milik raja raksasa yang telah menjadi legenda di dalam sinema Jepun, yakni Gojira (atau Godzilla dalam sebutan antarabangsanya). Selepas percubaan membikin versi Amerika pada tahun 1998 oleh team produksi Roland Emmerich dan Dean Devlin dihentam hebat oleh peminat dan pengkritik kerana terasa ia jauh dari sumber asalnya, peminat-peminat boleh menarik nafas lega selepas siri poster dan trailer filem terbaru Godzilla arahan Gareth Edwards kali ini lebih menunjukkan keJepunan yang ketara dan lebih dekat dengan jiwa dan rasa produksi Toho.

Dan ini bukan lawak 1 April yang macam budak sekolah tu, kami akan menonton preview 20 minit filem Godzilla hari ini (bersama preview filem Edge of Tomorrow lakonan Tom Cruise dan Emily Blunt), dibawakan khas oleh Warner Bros. Pictures Malaysia. Nantikan ulasan kami untuk gambaran yang lebih jelas, dan adakah Godzilla kali ini sebuah garapan berjaya?

P/s: ok, kami dah tengok. Kalaulah...., kami ulang, kalaulah Godzilla tu nampak dengan jelas selama lebih daripada seminit (bukan dari apa yang dah ditayang di talian) maka kamilah yang terawal yang melompat keterujaan! Verdict? *****

Sementara itu, saksikan trailer filem Godzilla yang bakal ditayangkan di seluruh dunia mulai 16 Mei 2014, keluaran studio Legendary Pictures dan Warner Bros. Pictures.

https://www.youtube.com/watch?v=vIu85WQTPRc&feature=youtube_gdata_player

Godzilla
Plot Synopsis: An epic rebirth to Toho's iconic Godzilla, this spectacular adventure pits the world's most famous monster against malevolent creatures who, bolstered by humanity's scientific arrogance, threaten our very existence.

Directed by Gareth Edwards
Produced by Legendary Pictures
Written by David Callaham, Max Borenstein, Frank Darabont
Casts: Aaron Taylor-Johnson Bryan Cranston, Elizabeth Olsen, Ken Watanabe, David Strathairn, Juliette Binoche  Sally Hawkins, Brian Markinson, Richard T. Jones,Victor Rasuk, Patrick Sabongui
Music by Alexandre Desplat
Cinematography by Seamus McGarvey
Editing by Bob Ducsay
Distributed by Warner Bros.(worldwide), Toho Company Ltd. (Japan)
Website: http://godzillamovie.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails